- Kelas Pengajian Agama sebanyak 12 kali sebulan
- Sambutan Maal Hijrah / Awal Muharram
- Sambutan Maulidur Rasul
- Sambutan Israk Mikraj
- Aktiviti Nisfu Syaaban
- Majlis Berbuka Puasa
- Tadarus Al-Quran
- Sambutan Majlis Korban
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Gotong-royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan
- Meyuarat jawatankuasa diadakan lebih daripada 5 kali setahun
- Bacaan Yasiin & Tahlil Mingguan
- Kursus-kursus (Azan, Iqomah dan Selawat).
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah,18) -Jom Kita Mengimarahkan Masjid-
Wednesday, 3 May 2017
AKTIVITI TAHUNAN MASJID
Selain dijadikan tempat solat secara berjemaah, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid sepanjang tahun seperti:
LATAR BELAKANG MASJID
Sejarah
Masjid Asy-syakirin terletak di kg temong hilir. masjid ini telah dibina pada tahun 1993 bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur. Masjid Asy-Syakirin dibina di atas tanah wakaf yang terletak di atas bukit. Masjid ini menggabungkan beberapa ahli kariah dari beberapa buah kampung iaitu Kg. Temong Hilir, Kg. Lubuk Chapin dan sebahagian dari Kg. Temong Hulu.
Binaan
Masjid Asy-syakirin terletak di kg temong hilir. masjid ini telah dibina pada tahun 1993 bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur. Masjid Asy-Syakirin dibina di atas tanah wakaf yang terletak di atas bukit. Masjid ini menggabungkan beberapa ahli kariah dari beberapa buah kampung iaitu Kg. Temong Hilir, Kg. Lubuk Chapin dan sebahagian dari Kg. Temong Hulu.
Binaan
Binaan Masjid Asy-Syakirin daripada konkrit, batu bata dan simen. mempunyai sebuah kubah besar berwarna kuning. terdapat sebuah mimbar di dalam masjid serta juga ruang solat utama dan juga ruang solat untuk jemaah wanita. Selain itu, masjid ini juga turut mempunyai balai lintang dan digunakan untuk solat berjemaah terutamanya semasa solat sunat hari raya. Struktur binaan masjid juga mengikut binaan masjid seperti yang ada di Malaysia.
Keistimewaan
Ciri-ciri keistimewaan masjid ini adalah seperti terletak di laluan jalan utama menuju ke kati, oleh itu masjid ini sering menjadi tempat persinggahan jemaah yang lalu untuk menunaikan solat. Selain itu, keistimewaan masjid ini terletak di atas bukit dan memudahkan pandangan orang ramai yang lalu-lalang untuk singgah berjemaah.
Lokasi
Lokasi Masjid Asy-Syakirin kg temong hilir terletak di atas sebidang tanah wakaf. Di seberang masjid pula terletak Tanah Perkuburan Kg. Temong Hilir juga merupakan sebahagian daripada tanah wakaf kepunyaan masjid. Lokasi masjid ini juga terletak di laluan jalan utama menuju ke pekan kati. Selain itu juga Masjid Asy-Syakirin juga terletak tidak jauh daripada makam orang-orang besar Perak iaitu Makam Tok Temong. makam ini sering dikunjungi oleh orang luar yang datang menziarahi dan secara tidak langsung akan singgah di Masjid Asy-Syakirin untuk memunaikan solat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
JADUAL BULANAN MAJLIS PENGAJIAN ILMU TAHUN 2018 M / 1439 HIJRAH Renungan Bersama: " Dari Anas bin Malik RA ia berkata: ...
-
Selain dijadikan tempat solat secara berjemaah, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid sepanjang tahun seperti: ...












