Wednesday 3 May 2017

LATAR BELAKANG MASJID

Sejarah

Masjid Asy-syakirin terletak di kg temong hilir. masjid ini telah dibina pada tahun 1993 bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur. Masjid Asy-Syakirin dibina di atas tanah wakaf yang terletak di atas bukit. Masjid ini menggabungkan beberapa ahli kariah dari beberapa buah kampung iaitu Kg. Temong Hilir, Kg. Lubuk Chapin dan sebahagian dari Kg. Temong Hulu.

Binaan


Binaan Masjid Asy-Syakirin daripada konkrit, batu bata dan simen. mempunyai sebuah kubah besar berwarna kuning. terdapat sebuah mimbar di dalam masjid serta juga ruang solat utama dan juga ruang solat untuk jemaah wanita. Selain itu, masjid ini juga turut mempunyai balai lintang dan digunakan untuk solat berjemaah terutamanya semasa solat sunat hari raya. Struktur binaan masjid juga mengikut binaan masjid seperti yang ada di Malaysia.

Keistimewaan

Ciri-ciri keistimewaan masjid ini adalah seperti terletak di laluan jalan utama menuju ke kati, oleh itu masjid ini sering menjadi tempat persinggahan jemaah yang lalu untuk menunaikan solat. Selain itu, keistimewaan masjid ini terletak di atas bukit dan memudahkan pandangan orang ramai yang lalu-lalang untuk singgah berjemaah.

Lokasi

Lokasi Masjid Asy-Syakirin kg temong hilir terletak di atas sebidang tanah wakaf. Di seberang masjid pula terletak Tanah Perkuburan Kg. Temong Hilir juga merupakan sebahagian daripada tanah wakaf kepunyaan masjid. Lokasi masjid ini juga terletak di laluan jalan utama menuju ke pekan kati. Selain itu juga Masjid Asy-Syakirin juga terletak tidak jauh daripada makam orang-orang besar Perak iaitu Makam Tok Temong. makam ini sering dikunjungi oleh orang luar yang datang menziarahi dan secara tidak langsung akan singgah di Masjid Asy-Syakirin untuk memunaikan solat.

No comments:

Post a Comment

JADUAL MAJLIS ILMU TAHUN 2020 (1441/1442H)