Friday, 21 July 2017

PERYERTAAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1438H / 2017M

IKLAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN

AJK PENGURUSAN IBADAH KORBAN

BORANG MENYERTAI IBADAH KORBAN

Saturday, 13 May 2017

JADUAL BULANAN MAJLIS PENGAJIAN ILMU

JADUAL BULANAN MAJLIS PENGAJIAN ILMU

TAHUN 2018 M / 1439 HIJRAH

Renungan Bersama:

"Dari Anas bin Malik RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim". (HR Imam Ibnu Majah).

“Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga”. (HR Muslim).

Wednesday, 10 May 2017

Wakaf / Sumbangan Jam Taqwim Solat Digital 1438H


Alhamdulillah...jumlah kutipan Wakaf / Sumbangan untuk pembelian dan pemasangan Jam Taqwim Solat Digital di Masjid Asy-Syakirin telah mencukupi iaitu berharga RM2,400.00.

Pengerusi Masjid melafazkan wakaf bagi pihak pewakaf / penyumbang
untuk pembelian dan pemasangan Jam Taqwim Solat Digital.

Pengerusi Masjid menyerah Wang Wakaf / Sumbangan Pemasangan Jam Taqwim Solat Digital
kepada pembekal R.S.Liza Enterprise (En. Roslien Ghazalli).


Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf dan penyumbang daripada para jemaah, ahli kariah, pihak-pihak luar terutamanya anak Warisan Temong (khususnya Group WhatsApps WT) yang berada di perantauan dan juga sesiapa yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya berterusan hendaknya dan diterima Allah SWT...aminn.

Wednesday, 3 May 2017

JAWATANKUASA MASJID ASY-SYAKIRIN 2016 - 2019


AKTIVITI TAHUNAN MASJID

Selain dijadikan tempat solat secara berjemaah, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid sepanjang tahun seperti:


  1. Kelas Pengajian Agama sebanyak 12 kali sebulan
  2. Sambutan Maal Hijrah / Awal Muharram
  3. Sambutan Maulidur Rasul
  4. Sambutan Israk Mikraj
  5. Aktiviti Nisfu Syaaban
  6. Majlis Berbuka Puasa
  7. Tadarus Al-Quran
  8. Sambutan Majlis Korban
  9. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  10. Gotong-royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan
  11. Meyuarat jawatankuasa diadakan lebih daripada 5 kali setahun
  12. Bacaan Yasiin & Tahlil Mingguan
  13. Kursus-kursus (Azan, Iqomah dan Selawat).

LATAR BELAKANG MASJID

Sejarah

Masjid Asy-syakirin terletak di kg temong hilir. masjid ini telah dibina pada tahun 1993 bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur. Masjid Asy-Syakirin dibina di atas tanah wakaf yang terletak di atas bukit. Masjid ini menggabungkan beberapa ahli kariah dari beberapa buah kampung iaitu Kg. Temong Hilir, Kg. Lubuk Chapin dan sebahagian dari Kg. Temong Hulu.

Binaan


Binaan Masjid Asy-Syakirin daripada konkrit, batu bata dan simen. mempunyai sebuah kubah besar berwarna kuning. terdapat sebuah mimbar di dalam masjid serta juga ruang solat utama dan juga ruang solat untuk jemaah wanita. Selain itu, masjid ini juga turut mempunyai balai lintang dan digunakan untuk solat berjemaah terutamanya semasa solat sunat hari raya. Struktur binaan masjid juga mengikut binaan masjid seperti yang ada di Malaysia.

Keistimewaan

Ciri-ciri keistimewaan masjid ini adalah seperti terletak di laluan jalan utama menuju ke kati, oleh itu masjid ini sering menjadi tempat persinggahan jemaah yang lalu untuk menunaikan solat. Selain itu, keistimewaan masjid ini terletak di atas bukit dan memudahkan pandangan orang ramai yang lalu-lalang untuk singgah berjemaah.

Lokasi

Lokasi Masjid Asy-Syakirin kg temong hilir terletak di atas sebidang tanah wakaf. Di seberang masjid pula terletak Tanah Perkuburan Kg. Temong Hilir juga merupakan sebahagian daripada tanah wakaf kepunyaan masjid. Lokasi masjid ini juga terletak di laluan jalan utama menuju ke pekan kati. Selain itu juga Masjid Asy-Syakirin juga terletak tidak jauh daripada makam orang-orang besar Perak iaitu Makam Tok Temong. makam ini sering dikunjungi oleh orang luar yang datang menziarahi dan secara tidak langsung akan singgah di Masjid Asy-Syakirin untuk memunaikan solat.

PERYERTAAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1438H / 2017M

IKLAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN AJK PENGURUSAN IBADAH KORBAN BORANG MENYERTAI IBADAH KORBAN