Alhamdulillah...jumlah kutipan Wakaf / Sumbangan untuk pembelian dan pemasangan Jam Taqwim Solat Digital di Masjid Asy-Syakirin telah mencukupi iaitu berharga RM2,400.00.
Pengerusi Masjid melafazkan wakaf bagi pihak pewakaf / penyumbang untuk pembelian dan pemasangan Jam Taqwim Solat Digital. |
Pengerusi Masjid menyerah Wang Wakaf / Sumbangan Pemasangan Jam Taqwim Solat Digital kepada pembekal R.S.Liza Enterprise (En. Roslien Ghazalli). |
Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf dan penyumbang daripada para jemaah, ahli kariah, pihak-pihak luar terutamanya anak Warisan Temong (khususnya Group WhatsApps WT) yang berada di perantauan dan juga sesiapa yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya berterusan hendaknya dan diterima Allah SWT...aminn.
No comments:
Post a Comment